Mesin pencuci pinggan dan alam sekitar Mesin_pencuci_pinggan

Mesin pencuci pinggan lwn. pinggan cucian tangan

Membandingkan keberkesanan mesin pencuci pinggan dengan mencuci pinggan dengan tangan adalah susah kerana teknik mencuci pinggan dengan tangan amat berbeza dari seorang ke seorang. Suatu tinjauan setara pada 2004 menyimpul bahawa mesin pencuci pinggan yang terbaik pada masa itu menggunakan kurang tenaga elektrik, air, dan bahan cuci, berbanding dengan mencuci pinggan dengan tangan pada puratanya. Bagaimanapun, pencuci pinggan dengan tangan yang paling efisien dalam kajian itu jauh lebih berkesan daripada mesin pencuci pinggan.[3][4] Khususnya, mesin pencuci pinggan atasan yang berupaya memanaskan air secara dalaman tidak hilang habanya semasa pemindahan ke sinki. Kajian itu tidak mengambil kira kos yang berkaitan dengan pengeluaran dan penghapusan mesin pencuci pinggan, kos terhadap kelusuhan pinggan yang mungkin lebih cepat (akibat kekerasan kimia bahan cuci), atau nilai kerja yang dijimat.

Bahan cuci dan alat bantu bilas

Kebanyakan bahan cuci mesin pencuci pinggan mengandungi fosfat yang kompleks kerana ia boleh membantu pencucian dengan lebih berkesan. Bagaimanapun, kimia itu tidak lagi digunakan untuk bahan cuci di banyak negara kerana kebimbangan terhadap peningkatan blum alga di dalam jalan air yang diakibatkan oleh peningkatan paras fosfat (sila lihat eutrofikasi). Negeri Maryland sedang mempertimbangkan rang undang-undang untuk mengehadkan fosfat di dalam bahan cuci pinggan bagi membantu membersihkan Teluk Chesapeake.[5]

Selain itu, alat bantu bilas mengandungi nonilfenol dan nonilfenol etoksilat. Ini telah diharamkan di Kesatuan Eropah, berdasarkan Arahan 76/769/EEC.

Rujukan

WikiPedia: Mesin_pencuci_pinggan http://www.acmehowto.com/howto/appliance/dishwashe... http://www.applianceguru.com http://home.howstuffworks.com/dishwasher.htm http://www.mtprog.com/ApprovedBriefingNotes/Briefi... http://www.repairclinic.com/0088_9_3.asp http://www.scienceblog.com/community/older/2003/F/... http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/artic... http://www2.whirlpool.com/html/homelife/cookin/coo... http://www.landtechnik.uni-bonn.de/ifl_research/ht... http://www.landtechnik.uni-bonn.de/ifl_research/ht...